Pendedahan Mat Don

Selepas empat bulan bersama JDT, Liridon Krasniqi mengakui beliau berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri. Namun, beliau berjaya mengatasi kelemahan tersebut.

“Pada mulanya saya ada sedikit isu untuk menyesuaikan diri,” kata pemain berusia 27 tahun itu kepada Football Tribe.

“Saya hanya perlu belajar dan saya jenis pemain yang belajar dengan cepat.

“Saya ada barisan jurulatih yang bagus, dan saya seseorang yang boleh dilatih dengan baik.

“Sekarang ini saya mempunyai persefahaman yang baik dan dapat menyesuaikan dengan taktik pasukan jadi semua dalam keadaan baik. Dan saya harap dapat belajar lebih banyak pada masa akan datang.”

Liridon juga menganggap persa!ngan seng!t di posisi tengah merupakan cab4ran yang sihat.

“Persa!ngan adalah penting dalam bolasepak. Saya bangga apabila JDT satu-satunya pasukan yang boleh membariskan dua pasukan berbeza kerana mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Saya tak pernah bermain dengan pasukan seperti JDT sebelum ini jadi persa!ngan adalah sesuatu yang saya perlu terima.”

Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020, Liridon berharap dapat memulakan musim baharu dengan kemenangan.

“Saya tidak mahu memikirkan kekuatan Kedah, sebaliknya saya mahu fokus kepada diri saya sendiri bersama JDT untuk membuat persiapan rapi. Seperti kita tahu Kedah merupakan pasukan yang boleh beri tent4ngan kepada sesiapa sahaja namun kami akan bersedia menghadapinya.”

Sumber : football-tribe