Penantian Luqman berakhir

Penantian peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk kembali beraksi bersama skuad KV Kortrijk akhirnya terlaksana.

Pada aksi persahabatan dengan KV Oostende yang berlangsung, hari ini, Luqman masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73, menggantikan peny3rang utama skuad itu, Teddy Chevalier.

Terdahulu kelab itu menerusi laman sosial rasmi mereka memaklumkan Luqman tersenarai dalam pemain simpanan bagi perlawanan yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan 2-1.

Biarpun hanya aksi persahabatan, namun ia pasti memberi makna buat Luqman dalam usaha meningkatkan keyakinannya dan memikat hati pengendali baharu KV Kortrijk, Luka Elsner.Disyorkan Untuk Anda

Pemain berusia 19 tahun itu berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan hamstring yang dialami pada Oktober lalu.

Selepas pulih daripada kecederaan, Luqman sebelum ini pernah terbabit dalam satu aksi pemanas badan menentang Royal Excel Mouscron pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Elsner setakat ini masih belum memberi peluang kepada Luqman untuk beraksi bersama skuad utama pasukan itu dalam saingan Liga Belgium.