Pemain Kacukan Malaysia-Finland Tandatangani Kontrak

Pemain Kacukan Malaysia-Finland, Nooa Lainen menandatangani kontrak bersama kelab divisyen pertama liga bola sepak Finland iaitu SJK Seinäjoki

Menurut perkongsian salah satu pengguna Twitter yang selalu membawa berita mengenai pemain Malaysia yang beraksi di luar negara, iaitu Harimau Abroad, Nooa menandatangani kontrak bersama SJK selama dua musim.

Nooa merupakan pemain berusia 18 tahun dan beliau beraksi di posisi tengah, lebih tepatnya sebagai pemain tengah meny3rang selain mampu beraksi sebagai pemain sayap.

Pada musim 2019/2020, Nooa Laine beraksi bersama pasukan simpanan HJK iaitu Klubi 04 di saingan divisyen empat Finland dimana beliau membuat 26 penampilan dan berjaya menjaringkan lima gol.

Selain itu, pemain kelahiran Jyväskylä pada November 2002 lalu ini juga pernah dipanggil untuk beraksi bersama pasukan muda skuad kebangsaan Finland.

Menurut laporan Veikkausliiga, Nooa Laine gembira kerana beliau dapat menandatangani kontrak bersama pasukan utama dan menyifatkan SJK Seinäjoki mempunyai fasiliti terbaik di Finland.

Nooa menyertai beberapa pemain muda negara lain yang beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Jaami Qureshi (Brighton and Hove Albion).