Pemain jual makanan di jalanan, jadi pengawal keselamatan

BANDA ACEH: Penundaan perlawanan akibat C0vid-19 menyebabkan pemain bola sepak Indonesia amat terk3san.

Selain berdepan pemotongan gaji yang besar, ada yang terpaksa menjual makanan di jalanan atau bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ketika kebanyakan liga di seluruh dunia sudah disambung dan sebahagian besar dimainkan dalam stadium kosong, namun Liga 1 Indonesia tidak akan dimulakan sehingga awal tahun depan kerana kes terus meningkat di Asia Tenggara.

Jurulatih dan pemain yang terpukul dengan pemotongan gaji sehingga 75 peratus meminta kerajaan Indonesia mencontohi negara lain, termasuk negara jiran seperti Malaysia dan Thailand, yang mana bola sepak profesional telah dimulakan dengan sekatan keselamatan Covid-19.

Bagus Nirwanto sudah biasa bermain di depan ribuan penyokong sebagai kapten PSS Sleman tetapi selepas gajinya dipotong separuh, dia beralih menjual beras dan gula secara pukal bersama isterinya.

Dia dan pemain lain berjuang untuk kekal cergas tetapi dalam masa sama bergelut dengan psikologi kerana tidak dapat bermain.

“Saya benar-benar kec3wa kerana persaingan ditangguhkan.

“Kami sangat bersemangat dan berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan pertama kami… Sepatutnya kami diizinkan untuk mengadakan permainan tanpa penyokong,” kata Nirwanto, 27, yang pasukannya berpusat di kota Yogyakarta, Indonesia.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) pada awalnya memberi lampu hijau untuk memulakan perlawanan pada Oktober tetapi kemudian membuat pusingan-U.

Djadjang Nurdjaman, jurulatih PS Barito Putera berkata, penangguhan perlawanan memberi memberi kesan besar kepada dia dan para pemain.

“Semuanya berantakan dan semua yang kami rancangkan han cur. Tiada kepastian. Kami tidak tahu apa yang akan dilakukan (liga).

“Ini memberi kesan serius kepada pemain …Ini tidak masuk akal,” kata Nurdjaman yang melatih pasukan berpangkalan di Kalimantan. – AFP