Pemain JDT dominasi

Pengumuman senarai 28 pemain dalam skuad Harimau Malaya menyaksikan seramai 13 pemain JDT menyertai kem latihan pusat yang akan diadakan selama 9 hari di Johor Bahru bermula 22 Mac hingga 30 Mac.

13 pemain JDT terdiri daripada penjaga gol Farizal Marlias serta 3 pemain pertahanan iaitu Matthew Davies, Aidil Zafuan Adam Nor Azlin dan Corbin Ong.

Turut tersenarai Syamer Kutty, Mohamadou Sumareh, Afiq Fazail, Akhyar Rashid, Danial Amier, Nazmi Faiz dan Syafiq Ahmad.

Tan Cheng Hoe juga menyenaraikan pemain sayap muda JDT, Ramadhan Saifullah Usman buat pertama kali selepas tampil ak si memberangs@ngkan musim lepas.

Selain itu, Cheng Hoe juga memanggil beberapa muka baharu iaitu penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim dan peny3rang Perak, Guilherme De Paula yang baru sahaja menjadi pemain naturalisasi negara tahun ini serta Luqman Hakim Shamsudin dari KV Kortrijk.

Luar biasanya, Cheng Hoe memanggil beberapa muka lama untuk kembali berkhidmat dengan skuad kebangsaan seperti penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat dan pert@hanan Pahang, Fazly Mazlan.

Malah, peny3rang Sarawak United, Norshahrul Idlan Talaha turut tersenarai dalam skuad kebangsaan, menjadikan beliau satu-satunya pemain yang beraksi di Liga Premier.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang baki tiga perl@wanan terakhir Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan diadakan secara berpusat di UAE yang mana Malaysia dijadual bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun nanti.

Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe masih mengekalkan seramai 17 pemain dari skuad 23 pemain Harimau Malaya bagi dua aksi terakhir kelayakan sebelum ini iaitu bertemu Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 14 dan 19 November 2019.

Enam pemain tidak disenaraikan bagi kem latihan pusat kali ini ialah penjaga gol Haziq Nadzli, Dominic Tan, Syazwan Andik Ishak, Baddrol Bakhtiar, Azzizan Nordin serta Safawi Rasid yang mengalami keced3raan pada aksi Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC bertemu UiTM FC, Sabtu lalu.