PDRM tambah derita The Red Warriors

MELAKA: PDRM menewaskan Kelantan 3 -1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi untuk menghidupkan peluang mara ke Piala Malaysia sementara Kelantan terus bergelut di atas zon peny!ngkiran Liga Perdana.

PDRM memperoleh peluang mencipta jaringan pembukaan pada minit ke- 37 menerusi import kelahiran Nigeria Uche Agba namun sepa kannya sekadar terkena tiang sebelah kanan gawang pelawat.

Sementara peluang terbaik buat The Red Warriors mencipta jaringan hadir pada minit ke-44 namun sepakan Imran Samso yang hanya berdepan penjaga gol Mohd Shahril Saaril gagal menghadiahkan gol buat skuadnya.

Bagaimanapun babak kedua menyaksikan kebangkitan berbeza skuad bimbingan jurulatih E Elavarasan yang lebih kerap melakukan percubaan bahaya ke gawang Kelantan.

Hasilnya Agba berjaya meledak gol pertama PDRM pada minit ke-51 menewaskan penjaga gol Mohamad Fikri Che Soh.

Selang lima minit selepas itu Fikri tewas lagi selepas pemain gantian Fakrul Aiman Sidid menanduk masuk hantaran Lee Chang Choon untuk gol kedua tuan rumah.

Kelantan bagaimanapun berjaya pulang dengan jaringan saguhati pada minit ke-84 menerusi Danial Haqim yang menanduk masuk hantaran Azwan Aripin, namun Agba menambah jaringan ketiga PDRM pada minit ke-90 untuk mengukuhkan kedudukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *