PDRM Optimis ‘Tangkap’ JDT

KUALA TERENGGANU: Pengendali PDRM, Mohamad Ishak Kunju Mohamad menyasarkan sekurang-kurangnya satu mata apabila skuadnya melayani kunjungan pasukan gerg@si Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta`zim (JDT), pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Beliau berkata sasaran itu realistik bagi mengelak anak buahnya tertekan kerana skuad Harimau Selatan itu yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut mempunyai barisan pemain yang serba lengkap di setiap posisi ditambah dengan lima tenaga import berbanding hanya tiga import dimiliki skuad The Corp.

Bagaimanapun bekas pertahanan kental era 90-an itu menyatakan jika anak buahnya berjaya melakukan kejutan ia bonus buat pasukannya yang setakat ini belum melakar sebarang kemenangan dalam dua aksi awal.

“Biarpun sedar skuad JDT sukar untuk disaingi, tapi secara keseluruhannya semua pemain sudah bersedia memperagakan aksi terbaik bertemu skuad itu untuk sekurang-kurangnya melakar keputusan seri lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.

“Tapi jika pemain berjaya melakar kejutan, saya anggap bonus buat kami kerana kami tahu kekuatan JDT,  justeru bagi memastikan pemain mampu menyaingi lawan, akan ada sedikit rombakan dalam senarai pemain selain perubahan taktikal,” ujar Ishak.

Dalam dua aksi terdahulu, skuad yang memulakan saingan liga dengan pemotongan tiga mata susulan gagal melangsaikan tunggakan gaji dan mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain dan pegawai pasukan berkenaan merekod keputusan seri 0-0 bertemu Sabah sebelum tewas 1-3 kepada Melaka Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Ishak menyatakan beliau menarik nafas lega selepas peny3rang importnya dari England, Antonio German sudah menemui sentuhan jaringan ketika aksi kedua bertemu skuad Hang Tuah.

sumber: BH

“Kami gembira German sudah berjaya meledak gol selepas perlawanan kedua, situasi ini positif buat dirinya selain mampu menyuntik motivasi pasukan untuk beraksi lebih baik lebih-lebih lagi pemain melaungkan keyakinan untuk bangkit daripada kekalahan kepada Melaka tempoh hari yang berpunca daripada kesilapan individu pemain, katanya.

Berdasarkan carta liga, pendatang baharu Liga Super itu kini menghuni ditangga tercorot  dengan defisit dua mata.