Pasukan Utara berminat mendapatkan Dominique Da Sylva

Pasukan Perak dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain import Terengganu FC, Dominique Da Sylva bagi memperkuatkan jentera serangan untuk menghadapi saingan musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh pembawa berita Astro Arena, Hafizal Hamad dimana pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad bakal memulakan rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dominique menjadi antara peny3rang import terbaik dalam saingan Liga Super musim lalu dimana beliau menjaringkan 9 gol sekaligus menduduki tangga ketiga dalam carta penjaring terbanyak.

Meskipun menampilkan prestasi terbaik, namun Dominique tiada dalam perancangan Terengganu musim hadapan dimana skuad Pantai Timur itu mahu mendapatkan pemain import baharu bagi menerajui jentera serangan.

Bagi pasukan Perak sendiri, setakat ini mereka dilaporkan telah berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol muda pasukan Kedah, Azri Abdul Ghani.

Selain itu, skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu turut dikaitkan dengan bekas pertahanan import Kedah, Shakir Hamzah setelah pemain itu tidak diberikan lanjutan kontrak oleh pasukan Utara tanah air itu.