Pasukan Mana Dinobat Juara Malam ini

Ketika saingan Liga Super yang menobatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai juara sudahpun melaburkan tirainya, saingan Liga Perdana musim ini pula masih hangat untuk diperkatakan.

Memasuki perlawanan terakhir yang akan berlangsung malam ini, perebutan tiga penjuru untuk merebut gelaran juara Liga Perdana terc3tus antara pendahulu, Negeri Sembilan FC (NSFC, Sarawak United dan pasukan pembangunan, Terengganu FC (TFCII).

Saingan sengit jelas dapat disaksikan antara dua pasukan teratas yang kini hanya dibezakan dengan satu mata, sementara TFCII di tangga ketiga masih berpeluang untuk mengec3wakan dua pasukan terbabit.

Kelebihan kecil ketika ini dipegang oleh skuad Jang memandangkan mereka tidak perlu memikirkan perkara lain selain hanya perlu menang, cukup dengan 1-0 ke atas PDRM FC pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

anak buah K Devan itu tidak boleh ‘menurunkan gear’ meskipun sudah layak ke Liga Super musim depan kerana tiga mata terakhir di Paroi itu akan memberi ganjaran berganda kepada mereka.

Pertama, merangkul kejuaraan Liga Perdana dan kedua, kedudukan lebih baik dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Sekiranya NSFC juara, mereka akan menyertai Kumpulan C yang turut disertai satu lagi pasukan dari Liga Perdana serta dua pasukan Liga Super iaitu Kedah Darul Aman (KDA) dan Melaka United (MU).

Namun jika mereka tidak bernasib baik dan menamatkan saingan selaku naib juara, tiga pasukan Liga Super menanti mereka dalam Kumpulan A iaitu Penang FC, KL City FC dan Sri Pahang FC.

Buat Sarawak United pula, mereka bakal mengharungi aksi hidup m@ti ini dalam keadaan tempang selepas ins!den ‘panas’ di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyaksikan mereka keh!langan tiga tonggak termasuk penjaga gol, Sharbinee Alawee.

Lebih menyesakkan nafas skuad The Crocs, mereka akan berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT) yang pasti membariskan pemain terbaik khususnya penjaring terbanyak Liga Perdana, Fernando Rodriguez.

Menang sahaja tidak mencukupi untuk menjadi juara kerana mereka perlu mengharapkan PDRM dapat ‘menggari’ NSFC sekurang-kurangnya dengan keputusan seri.

Sementara itu, gelaran Liga Perdana masih dalam gapaian TFCII secara matematiknya namun ia tampak sukar memandangkan mereka perlu mengharapkan NSFC dan Sarawak United tumbang di tangan lawan masing masing.

Bagaimanapun, pengendali TFCII, Badrul Afzan Razali tetap mahukan anak buahnya turun dengan semangat membvru tiga mata sekali gus menutup kempen Liga Perdana musim ini dengan penuh ‘kemanisan’.

“Pemain tetap perlu memberikan 100 peratus untuk perlawanan terakhir kerana peluang untuk bergelar juara tetap ada dengan mengharapkan NSFC dan Sarawak United kalah.

“Kalau kita menang dan mereka kalah, perbezaan gol juga memihak kepada TFCII berbanding dengan NSFC tetapi kalau kita dapat nombor dua pun, saya sudah bersyukur,” katanya.