Pasukan JDT Secara Rasmi Memperkenalkan Memain Tengah Baru

Pasukan JDT hari ini secara rasmi memperkenalkan pemain tengah baru mereka, Danial Amier dalam satu majlis yang diadakan sebentar tadi.

TMJ yang turut berada dalam majlis tersebut, menyebut bahawa Danial Amier adalah seorang pemain yang memiliki semangat juang yang tinggi serta berani menyahut cabaran untuk berada dalam kelab itu.

Kami sangat gembira memiliki pemain yang bukan sahaja berbakat, tetapi yang berani menyahut cabaran berada di JDT. Ini kerana kami semua sedia maklum bahawa JDT bukan lagi sebuah kelab yang sedang berkembang, tetapi kami adalah established club.

Kita semua juga tahu tough untuk berada dalam skuad JDT, ramai pemain-pemain yang hebat tetapi apa yang saya admire dengan pemain yang berada disebelah kiri saya ini adalah the fight!ng spirit, berani dengan challenge yang akan dihadapi, dan saya rasa dia buat keputusan yang tepat untuk berada dalam the best club in the country.

Menurut TMJ ketika menjawab soalan media yang hadir, Danial Amier dibawa masuk ke JDT dengan kontrak 2 tahun terlebih dahulu walaupun TMJ memiliki perancangan untuk menandatangani pemain itu selama 4 musim.
Komen Danial Amier Mengenai Perpindahan Ke JDT
Perasaan saya sendiri pada masa tu memang sangat terkejut sebab untuk mendapat pengiktirafan dari TMJ bukan semua player dapat. Jadi ia menjadi sumber motivasi yang sangat tinggi untuk ubah diri, ubah mentaliti untuk sampai dimana Danial ada sekarang ini.

Danial Amier juga turut menjelaskan bahawa beliau sendiri sedar dan sedia maklum dengan kualiti pemain-pemain tengah yang ada di JDT sebelum menandatangani kontrak.

Tetapi saya sendiri perlu keluar dari zon selesa, untuk pergi dekat satu team yang saya tahu boleh grow, dan develop diri saya. Jadi, saya perlu cabar diri saya untuk buktikan apa yang saya ada, berikan 100 peratus pada latihan dan perlawanan, InsyaAllah saya akan jadi pemain lebih baik.

Menceritakan punca pemilihan ke JDT, Danial Amier menjelaskan bahawa beliau memiliki sebab tertentu.

Saya ada ramai kawan-kawan yang dah berjaya di JDT, ramai yang memberikan feedback untuk saya datang kesini untuk grow. Dan JDT adalah satu pasukan yang saya sendiri nak jadi pemain profesional dan nak develop diri saya ke tahhap paling tinggi dalam bola sepak.
Tidak Takut Berada Dibangku Simpanan?
Ketika menjawab soalan media berkaitan adakah beliau takut untuk berada dibangku simpanan apabila menyertai pasukan JDT, Danial Amier menjelaskan seperti berikut.

Kalau nak cakap pasal duduk di bench, kat mana-mana team pun kalau kita tak bagi 100% atau fight for the spot pun kita akan ada di bench. Danial sendiri pernah rasa duduk di bench masa di Felda United.

Di JDT cuma persaingan lebih kuat dan lebih banyak. Jadi, pasal duduk dibangku simpanan tu kalau Danial terlalu fikirkan benda tu, Danial tidak akan datang ke sini.

Danial kena bekerja keras, kena bagi yang terbaik, insyaAllah kalau ada rezeki ada peluang akan dapat bermain dengan JDT.

TMJ juga dalam sesi tersebut mendedahkan bahawa JDT akan membawa 4 lagi pemain dimana salah seorang daripadanya adalah pemain muda berbakat Indonesia yang akan diumumkan dalam masa terdekat.