‘Otai’ masih dapat kepercayaan

Ketangkasan beberapa pemain ‘otai’ dilihat masih lagi mendapat kepercayaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, walaupun ada di antara mereka sudah mencecah usia 40 tahun.

Antaranya, pertahanan Kuala Lumpur United FC (KL United), Shukor Adan yang kini mempunyai ‘regu’ pemain tertua beraksi di Liga M susulan penyertaan Masashi Motoyama ke Kelantan United dengan masing-masing akan menjengah usia 42 tahun pada September dan Jun ini.

Peny3rang berpengalaman, Amri Yahyah, 40, menambah senarai pemain veteran atau ‘kuda tua’ yang akan kekal berak si dalam kancah bola sepak tempatan apabila diumumkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Sabah FC, Khamis lalu.

KL United dilihat antara pasukan paling ramai mempertaruhkan pemain otai apabila meng!kat Safee Sali, 37, dan mengekalkan Indra Putra Mahayuddin yang akan mencecah usia 40 tahun September ini.Disyorkan Untuk Anda

Bekas kapten Kelantan yang paling berjaya, Mohd Badhri Radzi, 39, juga tampak masih belum bersedia mengg@ntung but apabila akan bergandingan bersama Motoyama dalam skuad Kelantan United.

Tidak dinaf!kan pelbagai persoalan turut dil0ntarkan beberapa pihak mengenai kemampuan pemain veteran ini untuk bersaing dengan barisan pemain muda dalam kancah Liga M.

Namun, sekiranya keupayaan dimiliki mereka dira gui, pasukan seperti KL United sudah pasti tidak mengekalkan Shukor dan Indra serta tidak menandatangani Safee yang dianggap sudah berada di penghujung karier.

Ketua Pegawai Eksekutif KL United, Stanley Bernard sebelum ini pernah menyatakan bahawa tiga tonggak itu mempunyai kelebihan tersendiri termasuk mampu menjadi pembantu jurulatih dalam membimbing pemain muda.

Malah, Sabah FC dalam kenyataan ketika memperkenalkan Amri juga menyifatkan usia 40 bekas peny3rang Selangor itu hanyalah angka dan percaya dia boleh menyumbang sesuatu buat skuad Sang B@dak.