Ketiadaanya Amat Dirasai

KETIADAAN peny3rang sensasi negara, Safawi Rasid dalam kesebelasan utama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) amat dirasai apabila juara enam kali berturut-turut Liga Super itu nyaris dima lukan pasukan ‘semi amatur’, PDRM FC apabila meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Safawi yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu, diketepikan dalam senarai pasukan selepas kontr0versi membabitkan dirinya bersama kekasihnya menjadi perhatian peminat bola sepak tanahair.

Malah, aksi ini juga adalah aksi kedua skuad Harimau Selatan tanpa kel!bat Safawi selepas dia turut tersisih ketika JDT dilihat agak berg3lut ketika memb3nam pasukan UiTM FC dengan kemenangan tipis 2-1 di halaman sendiri.

Menerusi keputusan terbaharu ini, ia membuktikan bahawa tar!ng skuad kendalian Benjamin Mora ini agak tumpul dengan JDT sememangnya memerlukan sentuhan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu untuk membantu pasukan.

Dalam aksi ketiga bagi kedua-dua pasukan itu, pelawat dilihat membariskan kesebelasan terbaik termasuk menyenaraikan tonggak naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi buat pertama kali selepas sekadar menjadi pemain gantian sebelum ini.

PDRM yang dibarisi sebahagian besar anggota polis memberi tentangan cukup seng!t apabila berjaya meng3kang as@kan demi as@kan yang diketuai peny3rang import JDT dari Brazil, Diogo.

Memasuki babak kedua, tuan rumah terus selesa bertahan dengan sesekali melanc@rkan ser@ngan balas ke kubu pelawat yang dikawal dengan baik pleh penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.

Bagaimanapun, usaha berterusan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila Diogo memecah kebuntuan pada minit ke-84 untuk meletakkan JDT di depan dengan 1-0 sekali gus kekal hingga wisel penamat.

Kejayaan meraih tiga mata itu menyaksikan JDT memimpin sementara carta liga di tangga pertama dengan menghimpun sembilan mata maksimum daripada tiga aksi.

Begitupun, kedudukan itu dijangka berubah sekiranya Melaka United berjaya menjinakkan Felda United di Stadium Tunku Abdul Rahman, Jengka, esok.