Nor Azam Azih mengaku dia tidak pernah

PER4NG psikologi antara perkara perlu dihadapi pemain Malaysia apabila bertandang ke Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, 5 September ini.

Ia sekali gus menuntut setiap anak buah jurulatih Tan Cheng Hoe memiliki tahap kekuatan mental yang tinggi.

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Nor Azam Azih mengaku dia tidak pernah berdepan pengalaman menaiki kereta perisai (barracuda) dan percaya per4ng psikologi secara berlebihan mampu mengganggu tumpuan ketika beraksi.

Katanya, fokus sekarang ini adalah menyediakan mental dan fizikal seterusnya menghadapi sebarang kemungkinan ketika bertandang ke stadium keramat skuad Garuda itu.

“Setakat ini, saya belum pernah melalui situasi berkenaan terutama menaiki barracuda walaupun sebelum ini ada juga provokasi, namun tidaklah seteruk itu,” katanya.

Skuad kebangsaan diletakkan dalam Kumpulan G pada kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2-22.

Ia menyaksikan Malaysia bakal memulakan aksi menentang Indonesia di halaman lawan dan akan melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain dua pasukan itu, skuad negara akan turut berdepan Thailand dan Vietnam dalam kumpulan dengan Malaysia menyasarkan untuk cuba melepasi saingan peringkat kumpulan.

Azam yang juga pemain Pahang berkata, kehadiran rakan sepasukan, Saddil Ramdani dalam barisan skuad Indonesia mungkin memberi kelebihan kepada tuan rumah.

“Mungkin ada kelebihan kepada mereka kerana Saddil bermain bersama saya dan beberapa pemain lain seterusnya perlu mengawasinya dengan lebih ketat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *