Negeri Sembilan Terpaksa Ucap Selamat Tinggal Buat Piala Malaysia

Kem Negeri Sembilan menerima tamparan hebat menjelang aksi ketiga saingan TM Piala Malaysia 2021 bertemu Kedah pada minggu hadapan selepas wabak COVID-19 dilaporkan menyerang pasukan tersebut.

Menurut pengumuman yang dilakukan laman sosial rasmi kelab tersebut, seramai empat pegawai pasukan dan 20 orang pemain telah dijangkiti wabak berbahaya itu.

Perkembangan terkini itu juga sekali gus menyebabkan Negeri Sembilan yang merupakan juara Liga Premier Malaysia 2021 terpaksa melupakan terus kempen Piala Malaysia musim ini.

Keputusan yang cukup berat untuk diterima oleh barisan kendalian K.Devan itu dimana skuad ‘Hoben Jang Hoben’ itu telah mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri pada dua aksi awal.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seramai 4 pegawai dan 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) telah sah dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.”

https://www.facebook.com/rsrc.php/v3/yM/r/afk-8279vNB.png

“Ujian pengesanan COVID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat para pemain dan pegawai NSFC yang terlibat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan NSFC.

“Selain itu, demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh Doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada para penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021 dan pasukan Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.”

“Pihak NSFC juga berharap agar para penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan para pemain dan pegawai pasukan.”

sumber : vocketfc

Dalam saingan Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan telah diundi dalam kumpulan C bersama-sama Melaka United, Kedah dan Kelantan United.