‘Muhyiddin ada dua personaliti’ – Dr M ulas dalang Langkah Sheraton

Ketika perselisihan mengenai rancangan peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim berlanjutan dalam Pakatan Harapan (PH), sekumpulan pemimpin sedang merancang untuk melakukan rampasan kuasa terhadap gabungan itu.

Lantaran itu, pada bulan Februari, kerajaan PH runtuh berikutan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri setelah 22 bulan.

Pemimpin berusia 94 tahun itu – yang ingin kembali ke jawatan itu untuk kali ketiga – berkongsi pandangannya mengenai “Langkah Sheraton” yang terkenal semasa wawancara eksklusif bersama Malaysiakini.

Beliau menamakan Muhyiddin Yassin, Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sebagai ‘tiga dalang’ di sebalik rampasan kuasa itu.

Mahathir kelihatan berhati-hati ketika memberi pandangannya mengenai Azmin, yang hubungan di antara kedua-dua mereka dapat ditelusuri sejak ahli parlimen Gombak itu masih lagi siswa di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, Mahathir tidak teragak-agak membidas bekas rakannya di dalam Bersatu malah menuduh Muhyiddin mempunyai dwi identiti perwatakan yang berbeza.

“Saya tak tau Muhyiddin ini cara dia macam itu. Masa bersama dengan kita, baik bukan main selalu bercakap ‘saya tak nak jadi perdana menteri, tak nak jadi perdana menteri’.

“Tapi belakang (kemudian) saya pi (pergi) minta orang suruh cabut (pilih) dia jadi calon PM.

sumber: MK

“Ini Muhyiddin ada dua personaliti. Satu personaliti yang boleh baca doa, satu personaliti yang menekan orang.

“Sambil baca doa tekan orang. Ini ada konflik dalam diri dia,” kata Mahathir.

Berikutan krisis politik selama seminggu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional yang baru pada 1 Mac.

Beliau kemudian menamakan Azmin sebagai menteri kanan dan Hamzah sebagai menteri dalam negeri.