‘Mohamed Salah Liverpool’ Ini Sertai Pasukan Ranong United Dalam Saingan Thai League 2

Mungkin ramai tidak mengenali kelab Ranong United yang beraksi dalam saingan Thai League 2 musim 2020, namun ketibaan pemain persis Mohamed Salah yang juga dari Mesir ini telah menyebabkan banyak mata tertumpu kepada nama kelab ini.

Waleed Adel, pemain berusia 26 tahun yang beraksi di posisi pemain sayap kanan sebelum ini beraksi untuk pasukan El Nasr SC dalam liga divisyen 2 Mesir sekembalinya dari kelab Nara United.

Gambar Waleed Adel ketika menjalani latihan bersama pasukan Ranong United diatas menjadi viral di Thailand terutamanya apabila pandangan dari sudut itu hampir menyerupai aksi Mohamed Salah yang beraksi bersama bakal juara Liga Perdana Inggeris musim ini, Liverpool.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 2,000 perkongsian telah dibuat oleh pemainta bola sepak di Thailand dan sedikit sebanyak membantu kelab itu untuk menerima pendedahan kepada ramai penyokong bola sepak yang mungkin sebelum ini tidak pernah tahu mengenai Ranong United.

Sebagai rekod, musim 2019 ini pasukan Ranong United telah berjaya melayakkan diri ke saingan play-off Thai League 2 selaku naib juara Thai League 3 Lower Region untuk memastikan tempat bagi musim 2020.