Mohamadou Sumareh Ucap Terima Kasih

Pemain Police Tero FC, Mohamadou Sumareh merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukannya itu dan menyatakan beliau akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi melalui laman sosial Instagram beliau.

“Saya mulakan dengan ucapan terima kasih Police Tero atas usaha pada suku terakhir 2020 kepada saya.”

Sumareh turut menjelaskan bahawa bermula pada suku pertama hingga ketiga tahun 2020 adalah sangat mencabar untuk dirinya serta karier sebagai seorang pemain bola sepak.

“Secara keseluruhannya, Police Tero banyak menghulurkan bantuan kepada saya dalam banyak perkara. Kelab telah menawarkan tempat untuk saya mendapatkan kecergasan, merawat kecederaan saya, memberikan minit bermain dan banyak lagi.”

“Terima kasih kepada kelab atas peranan yang cukup besar dan saya tidak mampu mengungkap dengan kata-kata pengalaman indah saya bersama kelab dalam masa yang sesingkat ini.”
sumareh

“Ucapan terima kasih istimewa untuk jurulatih, rakan sepasukan, pelatih, juruterapi, pasukan teknikal dan semua yang banyak membantu ketika saya bersama Police Tero.”

“Cabaran ini telah mempersiapkan saya untuk 2021 dan saya bersedia mental dan fizikal.”

“Saya telah membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia dan percaya pengalaman saya dalam Thai League bersama Police Tero akan menjadi faedah besar nanti.”

“Terima kasih semua.”