Minta Maaflah kepada peminat-peminat bola sepak

Menteri Kanan Kes3lamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejohanan TM Piala Malaysia 2020 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau yang mungkin akan mengundang em0si pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam industri bola sepak di Malaysia ketika ini.

Minta maaflah kepada peminat-peminat bola sepak. Setelah dibentang oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan merasakan bahawa pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton, tetapi kerana ianya akan menyebabkan berlaku sentuhan dikalangan pemain-pemain.

Dan mereka agak lebih merb@haya kerana berpeluh, basah dan persentuhan itu boleh dianggap merb@haya kepada keadaan biasa.

Kalau badminton walaupun ada pertandingan (perseorangan) misalnya, tiada persentuhan, tapi kalau bola memang tidak boleh dielakkan untuk bersentuhan.

Jadi, (Kementerian Kesihatan) oleh kerana ia agak merb@haya, tambahan pula setiap negeri telah ada PKPB kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis sahaja sedang negeri lain sudah ada dan kita tidak benarkan ada pertandingan, maka mesyuarat membuat keputusan bahawa untuk pertandingan Piala Malaysia, kita bersetuju untuk ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan nanti.

Kepada peminat bola sepak minta bersabar, InsyaAllah, kita sama-sama mematuhi SOP, Kementerian Kesihatan sedang melakukan yang terbaik, frontliners dan keselamatan sedang melakukan yang terbaik untuk memutuskan rantaian ini melalui tindakan-tindakan pematuhan SOP.

Kalau kita dapat kurangkan dengan cepat kes yang berlaku, kita akan kembali seperti biasa dan pertandingan boleh diadakan tanpa penonton sekalipun.