Mereka berdua wakil untuk JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan mereka akan menyertai pertandingan esports yang pertama iaitu Champions eFootball dalam permainan video bola sepak, PES 2021 pada 9 September hingga 7 Oktober 2021.

Harimau Selatan akan diwakili oleh pemain bola sepak profesional, Mohamadou Sumareh dan pemain esports tempatan, Mohamad Nor Haikal Noh, yang merupakan wakil Malaysia di Sukan Asia 2018 dan pernah beraksi di Liga esports Thailand.

“Didorong oleh minat kami terhadap bola sepak, kami teruja untuk menjejakkan kaki ke dunia esports sambil memaparkan lambang dan warna kelab kesayangan kami, JDT FC,”

“Champions eFootball akan memberi kita peluang untuk mempamerkan bakat muda yang mewakili kelab sambil menarik penonton-penonton yang baru di esports. Kami juga bersemangat untuk bersaing dengan kelab-kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan-perlawanan antarabangsa pada masa hadapan.” kata kenyataan daripada, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) selaku pemilik JDT

Champions eFootball (CeF) merupakan pertandingan baharu dalam permainan video yang disertai oleh kelab bola sepak profesional di Asia. Ia bertujuan untuk menjalin kerjasama antara bakat esports dan kelab bola sepak profesional untuk bersaing di pentas antarabangsa. Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) sebagai badan rasmi esports di Asia.

Champions eFootball 2021 akan disertai oleh beberapa kelab terbaik sekitar Asia Tenggara iaitu Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam.

Sebastian Lau, Setiausaha Umum Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) berkata, “AESF sangat teruja untuk bekerjasama dengan Champions eFootball sebagai platform inovatif yang memupuk sinergi antara dua syarikat gergasi dunia sukan; bola sepak dan sukan. Kami sangat gembira melihat masa depan kelab bola sepak dan peminat di rantau ini ketika mereka bersaing untuk mendapat kejayaan di esports .”

Untuk musim 2022, Champions eFootball (CeF) merancang untuk bekerjasama dengan semua liga di rantau ini Selain itu, pemenang CeF diharapkan dapat bersaing dengan kelab bola sepak Eropah dalam pertandingan yang serupa