mengelak pasukannya menerima padah

KUALA TERENGGANU: Penolong jurulatih Terengganu FC (TFC), Mohamad Nik menuntut anak buahnya supaya tidak membenarkan pemain skuad Tok Gajah mendapat sepakan ‘set piece’ bagi mengelak pasukannya menerima pa dah.

Malah, beliau turut juga menasihatkan anak buahnya terutama barisan pertahanan dan tengah agar tidak melakukan kes!lapan mudah sebaliknya perlu ‘mengunci’ setiap pergerakan pemain lawan.

Perkara itu menjadi fokus utama bekas pemain kebangsaan terbabit bagi memastikan skuad kendaliannya tidak putih mata pada pertemuan aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Menurut Mohamad, dia percaya skuad Penyu mampu berak si dengan baik sebagaimana ketika bertemu Kedah Selasa lalu selain mampu menca bar bola di udara biarpun purata ketinggian pemainnya tak setanding berbanding lawan.

“Kita sudah melakukan persiapan lebih rapi terutama di barisan pertahanan bagi mengekang asakan peny3rang Pahang dan memastikan mereka tidak memiliki ruang melakukan cubaan.

“Selain itu kita juga sudah menegaskan kepada pemain agar perkara sama ketika bertemu Kedah iaitu membenarkan dua jaringan lawan melalui situasi ‘set piece’ tidak berulang lagi walaupun tahu pemain kita tidak ada yang tinggi lampai berbanding lawan.

“Tapi saya percaya jika kita dapat mengawal ketat pemain lawan sudah pasti lawan tidak akan dapat bergerak bebas kerana ada gangguan kepada mereka,” kata Mohamad ketika ditemui pada program penaja GLE Centre Enterprise iaitu pengeluar kopi super jantan bersama pemain di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan GLE Centre Enterprise, Mohd Zulkifli Harun yang menaja sebanyak RM100,000 musim ini memberikan motivasi kepada pemain bagi menyunt!k semangat mereka sebelum bertemu Pahang.

Mengulas lanjut, Mohamad yang memangku tugas jurulatih sehingga 18 Julai ini selepas pengendalinya, Nafuzi Zain berkursus mengakui prestasi pemainnya kian meningkat.

“Peningkatan prestasi pemain import yang ada sekarang cukup membanggakan, begitu juga dengan pemain tempatan dan kita harap momentum ini dapat diteruskan bertemu Pahang sebelum mengakhiri liga bertemu Johor Darul Tazim (JDT),” ujar Mohamad.

Terengganu yang kini berada di tangga ketujuh liga dengan mengumpul 28 mata berbanding Pahang di kedudukan kedua dengan mengutip 36 mata, dilihat masih berpeluang untuk mengintai empat teratas liga jika mampu menundukkan Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *