Menang 7-0 jadi motivasi JDT

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Itu peringatan penyokong Perak yang tidak rela igauan bvruk dib3lasah 7-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan terakhir mereka tahun lalu berulang apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi Liga Super malam ini.

Dua kekalahan berturut- turut, pertukaran jurulatih di awal musim dan aksi tidak menentu Bos Gaurus antara elemen yang
membimbangkan peminat apabila menerima kunjungan JDT di Stadium Perak, Ipoh.

Perak yang dibimbing Chong Yee Fatt selepas Mehmet Durakovic berundur secara meng3jut beberapa hari sebelum musim bermula kalah 0-3 kepada Kuala Lumpur City, Rabu lalu dan tumpas 0-2 kepada Terengganu pada 14 Mac.

Dengan prestasi terumbang ambing pasukan ketika ini, saya bimbang igauan buruk dib3lasah JDT berulang. Saya harap pemain Perak tingkatkan persembahan serta ketepikan sebarang isu yang sedang membelenggu pasukan.

“Ini soal maruah pasukan dan negeri. Tolong jaga imej rakyat Perak,” kata peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Halim.

Kata Halim, masalah terbesar Bos Gaurus adalah ketumpulan jentera s3rangan, ekoran aksi hambar pemain import yang baru
diberikan taraf naturalisasi, Guilherme de Paula dan Careca.

“Pasukan kena meningkatkan permainan untuk menyaingi JDT. Selangor sudah membuktikan JDT tidak kebal dan boleh disaingi,” kata Abdul Razak Ismail.

facebook rasmi Perak FC turut dihujani pelbagai komen peminat. Ada yang memberi kata-kata semangat tetapi sebahagian besar meninggalkan kenyataan sinis, selain menyuarakan kebimbangan pasukan mereka akan menjadi m@ngsa b3lasahan.

“Kome jangan ngada-ngada game ini Yob…JDT datang nak b3lasah je….defence (pertahanan) Yob kena betul-betul top of da pop… no mistake please Yob,” tulis pemilik akaun Nazir Zainal.

“Semangatlah weh! Kome bab milih logo kemain semangat. Baru kalah gini udah ropa nak tumpor. Usah riso,” tulis peminat dengan akaun Bpetro Adm.

“Insya-Allah boleh dapat mata di gelanggang sendiri kan. Taktikal 10-0-0, satu mata milik kita macam Selangor,” tulis Hairul Zairi Baharim.

“Saya yakin Perak akan bangkit. Dengan sedikit perubahan taktikal, player berikan yang terbaik, boleh saingi JDT. Sama-sama makan nasi. Fulltime: Perak 0-14 JDT,” tulis pemilik akaun Popylol Amir secara sinis.