Membuat Keputusan Yang Betul Demi Masa Depan Kariernya.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengakui beliau memberikan teguran kepada Safawi Rasid supaya pemain itu membuat keputusan yang betul demi masa depan kariernya.

Menerusi kenyataan rasminya, TMJ dilihat meletakkan harapan tinggi kepada pemain berusia 22 tahun itu dan akan sentiasa memberikan sokongan kepada Safawi dalam apa jua cabaran yang bakal dihadapinya nanti.

“Safawi Rasid adalah seorang ‘top player’ yang menggambarkan tahap profesionalisme dalam JDT.

sumber: football-tribe

“Beliau seorang pemain yang sangat berbakat serta mempunyai masa hadapan yang cerah dan saya yakin beliau akan membuat keputusan-keputusan yang akan membantunya berjaya.

“Seperti mana dengan setiap individu yang merupakan sebahagian daripada keluarga JDT, saya akan sentiasa bersama Safawi dan kelab ini akan melakukan yang terbaik untuk memastikan hanya yang terbaik untuk kerjaya Safawi.”