Media Thailand dedah Nasib Mat Yo

Sebuah media bola sepak terkenal Thailand mendedahkan bahawa kelab BG Pathum United akan berpisah dengan Norshahrul Idalan Talaha selepas kontrak pemain itu tamat pada bulan Disember nanti.

Norshahrul Idlan Talaha yanh menyertai skuad BG Pathum United pada awal musim 2020, setakat ini telah berjaya tampil dalam 5 perlawanan liga setakat ini dan memiliki sekitar hampir 200 minit permainan.

Artikel dari Goal.com itu juga menyebut bahawa Norshahrul Idlan Talaha masih belum berjaya merekodkan sebarang jaringan bersama BG Pathum United

Walaubagaimanapun, Norshahrul dalam satu komen dilaman sosial Instagram beliau seperti masih belum mahu memberikan pengesahan mengenai perkara sebaliknya dilihat untuk terus fokus kepada sesi bersama pasukan.

Apapun keputusan yang dibuat, doakan yang terbaik untuk beliau dan keluarga untuk terus berada dalam industri bola sepak profesional tidak kira dimana sekalipun.

BG Pathum United yang kini merupakan pendahulu saingan Thai League 1 sebelum ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan 2 striker lain untuk menggantikan tempat tersebut iaitu Diogo Luis Santo dari JDT dan juga Teerasil Dangda dari Shimizu S Pulse.

Kedua-dua pemain ini dikatakan akan mula diturunkan apabila saingan pusingan ke-2 Thai League 1 bermula nanti.