Mat Yo Tetap Digeruni

Keupayaan peny3rang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha mel3dak jaringan tunggal Sarawak United mengatasi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat semalam melegakan jurulatihnya E Elavarasan.

Sentuhan terbabit membuktikan Norshahrul atau Mat Yo tetap digeruni dengan memiliki bisa pemusn@h bagi menghadiahkan kemenangan tipis 1-0 sekali gus meletakkan skuad itu melonjak ke tangga teratas liga.

Baginya, pemain berpengalaman itu bertindak bijak setiap kali memiliki ruang walaupun ditekan hebat barisan pertahanan lawan.

Elavarasan berkata, sentuhan terbabit amat melegakan ketika ketiadaan rakan gandingannya, Uche Agba tambahan sejak awal permainan JDT II lebih banyak menguasai permainan dengan kawalan bola yang amat baik.

“Situasi berkenaan menyebabkan pemain kami hanya melakukan ser@ngan balas pantas dengan mengatur strategi sesuai untuk memerangkap lawan yang kerap meny3rang.

“Hasilnya barisan pertahanan kami bertindak cemerlang menutup ruang untuk lawan meledak jaringan dan gol tunggal yang diperolehi pada lima minit sebelum tamat juga atas usaha yang tersusun bagi memisahkan kedudukan yang seakan terikat tanpa jaringan,” katanya.

Menurutnya, keputusan berkenaan amat melegakan sekali gus melonjak kedudukan di tangga teratas, namun tiada yang selesa buat pasukan kerana kedudukan carta akan sentiasa berubah kerana jurang mata yang tipis.

Katanya, saingan juga masih lagi terbuka dengan apa yang penting pemain perlu kental fokus bagi mengharungi perlawanan berikutnya kerana setiap lawan semakin mantap menjelang pusingan kedua liga.

Sehubungan itu, dia mahu anak buahnya konsisten memberikan yang terbaik sambil kental bersemangat untuk mengharungi perlawanan berikutnya bertemu Kelantan selepas ini.

Beliau berkata, jika persembahan sama yang ditunjukkan selain tampil memperbaiki kelemahan yang ada sudah pasti keputusan baki aksi mampu berpihak kepada Sarawak United.