Man Utd kenduri gol

LONDON: Manchester United menyamai kemenangan terbesar dalam Liga Perdana apabila mereka memb3lasah Southampton yang bermain sembilan orang, 9-0 sebentar tadi.

United mel3dak empat gol dalam babak pertama selepas pemain tengah remaja Southampton, Alexandre Jankewitz dibu ang padang pada minit kedua di Old Trafford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menemui lima lagi jaringan selepas rehat, menyamai kemenangan 9-0 Leicester mengatasi Southampton pada 2019 dan rekod United sendiri 9-0 mengatasi Ipswich pada 1995.

Aaron Wan-Bissaka membuka jaringan dan Marcus Rashford menambah gol kedua United.Disyorkan Untuk Anda

Gol sendiri Jan Bednarek menjadikan 3-0 buat tuan rumah sebelum Edinson Cavani menambah jaringan keempat.

Gol terus hadir apabila Anthony Martial dan Scott McTominay turut menemui gawang sebelum penalti Bruno Fernandes selepas Bednarek dibu ang padang.

Martial dan Daniel James mele dak pada tamat permainan untuk melengkapkan kemenangan besar United. – AFP