Man tumpang rezeki arw4h Abam

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak menyifatkan pemilihannya menggantikan arw4h Abam Bocey dalam teater Korupsi Dewan Semandung sebagai tanggungjawab besar.

Mengakui seb4k pada saat menerima tawaran, Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kassim, 43, mengharapkan tiada pihak membandingkannya dengan arw4h.

“Ramai mempersoalkan adakah saya layak menggantikan tempat arw4h Abam. Saya sedar kedudukan saya, perjalanan jauh lagi jika dibandingkan arw4h.

“Saya jadi takut apabila fikir penerimaan orang dan kepercayaan yang diberikan penerbit teater, Fauziah Ahmad Daud. Bagaimanapun, saya perlu menyahut cabaran, ini peluang keemasan,” katanya kepada BH Online.

Walaupun menjadi pilihan kedua, namun anggota kumpulan Puteh itu tidak kisah. Selain rezeki, ia juga menjadi percaturan buatnya menonjolkan bakat.

“Jujurnya, saya teringin menyertai teater Korupsi Dewan Semandung apabila projek ini diumumkan. Lebih lagi, melihat ramai rakan-rakan pelawak turut terbabit.

“Jadi, saya tak fikir dua kali apabila dilayangkan tawaran. Saya sudah lama mahu mencuba nasib dalam pentas teater, cuma tidak diberikan peluang.

“Tak kisah netizen beranggapan saya pilihan kedua, sekurang-kurangnya mereka boleh menilai bakat saya apabila beraksi di pentas teater,” katanya yang sudah bertemu dengan Kak Ogy dan Khir Rahman selaku pengarah, semalam.

Juara program Raja Lawak Mega musim kelima itu berkata, dia seperti menumpang rezeki arw4h Abam apabila dipilih menggantikannya.

“Saya menggantikan tempat bukan orang biasa-biasa, tetapi arw4h Abam. Kita tahu ramai yang sayang arw4h.

“Jadi, saya kena buat bersungguh-sungguh. Saya akan mula menjalani latihan pada Ahad ini,” katanya yang akan mengkaji skrip dan watak malam ini.

Semalam, Khir mengumumkan Man akan menggantikan tempat arw4h Abam yang mening gal dunia, baru-baru ini.

Teater Korupsi Dewan Semandung ini bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari ini.

Sumber : BH