Malaysia Duduki Tangga Kedua Dalam Senarai Negara Asean

Malaysia menduduki tangga kedua dalam senarai negara Asia Tenggara yang mempunyai bilangan stadium melebihi kapasiti 10,000 ke atas.

Perkara ini didedahkan oleh sebuah page iaitu Asean Football di laman media sosial Facebook baru-baru ini.

Indonesia menduduki tangga pertama dalam senarai tersebut dengan 111 stadium di negara itu mempunyai kapasiti lebih 10,000 tempat duduk.

Keluasan negara terbabit memainkan peranan besar dimana rata-rata stadium yang dibina di Indonesia berkapasiti lebih 10,000 tempat duduk.

Timor Leste pula menjadi satu-satunya negara yang tidak mempunyai stadium dengan kapasiti lebih 10,000 tempat duduk.

Stadium Nasional Timor Leste yang menjadi markas utama pasukan itu hanya berkapasiti sebanyak 5000 tempat duduk.

#Stats| NUMBER OF STADIUMS WITH A CAPACITY OF 10000 OR MORE IN ASEAN

Posted by ASEAN FOOTBALL on Sunday, 12 April 2020