mahu menyarung jersi Harimau Malaya

Pemain tengah Kedah, David Rowley mengakui menyimpan hasrat mahu menyarung jersi Harimau Malaya.

Pemain kacukan Malaysia-Australia berusia 29 tahun  itu berkata dia menjadikan arkitek Perak, Brendan Dan sebagai antara pemain idolanya selepas menyusuri kesukaran pemain itu bangkit daripada beberapa siri keced3raan serius sehingga berjaya kembali ke dalam pasukan kebangsaan seterusnya mengukuhkan nama sebagai salah seorang pemain tonggak.

“Gan adalah seorang yang pemain cukup mengagumkan kerana dia telah lalui dua kali pembedahan keced3raan ACL tetapi dia berjaya bangkit serta berada di tahap prestasi terbaik. Dia sering sahaja menjaringkan gol yang cantik bersama Perak dan saya harap boleh bergandingan dengannya dalam skuad kebangsaan yang menjadi impian saya sejak dahulu.

“Malah pemain-pemain kacukan lain seperti Matthew Davies dan Corbin Ong juga menjadi sumber motivasi saya dalam mengejar cita-cita ini selain kagum dengan kemampuan pemain tempatan lain seperti Safawi Rasid,” katanya yang menyumbang dua gol di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 sekaligus membantu kemaraan Lang Merah ke separuh akhir.

David Rowley yang dilahirkan di Brisbane, Australia memperoleh kerakyatan Malaysia pada tahun 2017 di mana ibunya berasal dari negara ini sementara ayah pula berasal dari England.

Dia pernah berkelana ke Jerman, Luxembourg dan Thailand selain Australia sebelum PDRM menjadi destinasi pertama di Liga Malaysia pada musim 2018 namun gagal untuk mendapat tempat di dalam skuad.

Pada pertengahan musim 2018, David Rowley menyertai Negeri Sembilan, diberi peranan sebagai pemain di posisi ser4ngan tetapi lebih kerap bertindak selaku pemain gantian.

Bagaimanapun, keputusannya berhijrah ke Kelantan pada awal musim ini menjadi titik tolak dalam kariernya apabila jurulatih Kelantan ketika itu, Marko Kraljevic bertindak menukarnya beraksi daripada posisi peny3rang kepada tengah.

“Ketika bersama Kelantan, Marko dapat mengesan kemampuan saya bermain di bahagian tengah yang berperanan membantu pada aspek bertahan dan beliau banyak membantu agar saya cepat sesuaikan diri dengan posisi baharu ini.

“Selepas Marko tidak ada lagi, Yusri Che Lah tidak ketinggalan banyak mengajar saya dan selepas datang ke Kedah, kebetulan jurulatih (Aidil Sharin Sahak) bermain di posisi ini semasa bergelar pemain.

“Beliau (Aidil) banyak memberikan nasihat dan panduan dalam tiap perlawanan dan tanpa mereka semua ini, tidak mungkin saya akan jadi begini pada hari ini. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada mereka semua yang bertanggungjawab naikkan karier selepas sedikit bergelut pada waktu permulaan saya tiba di sini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *