Luqman menjaringkan gol kemenangan

Peny3rang muda negara, Luqman Hakim berasa gembira kerana beliau berjaya menjaringkan gol pada perlawanan kompetitif pertama beliau bersama skuad KV Kortrijk B-21 tahun.

Luqman menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan menentang K Beerschot VA semalam, sekaligus membantu Kortrijk memperbaiki kedudukan dalam carta liga dimana mereka kini menghuni tangga keempat.

Dalam satu temu bual yang dikongsi oleh kelab, Luqman nyata gembira dapat menjaringkan gol sekaligus menyumbang mata untuk pasukan.

β€œLoic Ritiere membuat hantaran dan saya berjaya menanduk hantaran tersebut. Saya gembira dengan jaringan tersebut kerana saya tidak banyak beraksi ketika di Malaysia.

β€œKini, dalam perlawanan kompetitif pertama pada tahun ini dan kemudiannya dapat menjaringkan gol, saya amat berpuas hati.

β€œApa yang membuatkan saya lebih gembira ialah jaringan saya juga menjadi gol kemenangan untuk pasukan,” kata Luqman Hakim.

Prestasi semasa Luqman ini dilihat mampu untuk meyakinkan pengurus pasukan skuad B-21 KV Kortrijk bagi terus memberi peluang kepada pemain berusia 19 tahun itu untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan akan datang.