Luqman main atau tidak?

KUALA LUMPUR: Tampil dalam skuad utama atau sekadar menjadi pemain gantian bukan menjadi isu besar buat peny3rang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin menjelang pertemuan KV Kortrijk (KVK) menentang R Excel Mouscron pada aksi Jupiler League Belgium, awal pagi esok.

Sebaliknya, Luqman menegaskan dia sudah bersedia memberikan komitmen terbaik kepada skuad kendalian Yves Vanderhaeghe jika diberikan peluang.

Sebelum ini, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 18 tahun itu mencuri perhatian ramai apabila tidak mengambil masa lama menjaringkan gol pada penampilan sulung bersama KVK ketika mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas BX Brussel dalam aksi perlawanan persahabatan, 5 September lalu.

Kini, pemerhati menganggap Luqman yang memiliki potensi cukup besar di pentas Eropah seharusnya diberikan peluang bermain bersama skuad utama KVK.

Bagaimanapun, Luqman enggan cepat melatah tetapi dalam masa sama, bekas pemain Selangor II itu mendedahkan dia sudah bersedia membantu pasukan meraih keputusan positif jika diberikan peluang bermain ketika menanti kunjungan R. Excel Mouscron di Stadium Guldensporen.

Sebagai rekod, KVK kini menduduki tempat keempat Jupiler League selepas meraih tujuh mata sepanjang empat perlawanan.

“Bermain dalam skuad utama atau sekadar menjadi pemain gantian bukan satu isu besar bagi saya, sebaliknya saya sudah bersedia memberikan yang terbaik kepada pasukan.

“Saya mahu bersikap realistik di mana sepanjang sesi latihan, saya sudah memberikan yang terbaik dan syukur Alhamdulillah saya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

“Ia (jaringan pertama bersama KVK) memberikan suntikan motivasi besar kepada saya tetapi saya masih perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengurus kerana kesemua pemain menaruh keyakinan terhadap percaturannya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan KVK mengakui teruja menyaksikan perkembangan Luqman yang dilihat semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Eropah.

Menurut jurucakap KVK, kelab yang berpangkalan di Kortrijk itu tidak menolak kemungkinan menurunkan Luqman jika pemain muda tersebut konsisten menunjukkan prestasi memberangsangkan.

“Kami akan melihat bagaimana keadaan Luqman esok (hari ini) tetapi kami sangat gembira menyaksikan perkembangannya dalam sesi latihan dan perlawanan persahabatan.

“Namun kita juga harus sedia maklum bahawa semua pemain sudah berjuang untuk merebut tempat kesebelasan utama dan setiap pemain harus menunjukkan komitmen itu,” katanya.