Luqman Hakim sekali membawa ‘pakej’ berharga buat KV Kortrijk

PENY3RANG muda sensasi negara Luqman Halim Shamsuddin jelas sekali membawa ‘pakej’ berharga buat KV Kortrijk, selain mampu menjadi penggempur dia turut berperanan melonjak populariti kelab terbabit di media sosial.

Menerusi data yang dikeluarkan KPMG Football Benchmark, populariti laman media sosial kelab Belgium itu meningkat secara luar biasa iaitu 58.7 peratus sepanjang bulan lalu.

Malah, laman berkenaan turut menganggap perpindahan peny3rang muda sensasi negara sebagai antara penyumbang kepada peningkatan tinggi populariti laman sosial KV Kortrijk. Analisis sosial media itu dibuat KPMG Football Benchmark dari 1 hingga 31 Ogos lalu.

Arena Metro yang melihat laman sosial kelab terbabit di Facebook dan Instagram mendapati rata-rata rakyat Malaysia membanjiri ruangan komen dan turut menyukai setiap perkara yang dimuat naik kelab itu sejak awal bulan lalu.

KPMG Football Benchmark adalah platform interaktif yang memberikan pemahaman dan analisis mendalam mengenai perniagaan bola sepak dan mereka juga membuat penilaian mengenai nilai pasaran pemain.

Selain itu, kelab K Beerschot pula menduduki tangga kedua di belakang Kortrijk dengan peningkatan pengikut media sosial sebanyak 14.6 peratus.