lebur rekod kemenangan JDT

KUALA TERENGGANU: Kapten Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menegaskan tidak gentar bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun Harimau Selatan hadir dengan reputasi hebat terutama selepas memb3lasah Perak 7-0, minggu lalu.

Reaksi Lee Tuck itu hadir menjelang pertemuan dengan pendahulu Liga Super itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini yang pastinya menarik kerana menemukan dua pasukan teratas liga.

Bagaimanapun, pemain berd@rah kacukan England-Malaysia itu enggan mendabik dada, sebaliknya meletakkan harapan tinggi dia dan pemain yang bakal disenaraikan jurulatih, Nafuzi Zain mampu memperagakan aksi terbaik.

Pemain berusia 32 tahun yang sudah tiga musim bersama skuad Penyu itu percaya jika taktikal yang dirancang jurulatih menjadi dan rakan sepasukan tidak tertekan serta bijak memanfaatkan peluang terhidang, keputusan bakal memihak kepada pasukannya.

“JDT, semakin menunjukkan ramuan mereka sebagai juara. Mereka mempunyai kualiti dan pengalaman selain mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.

“Namun, kami tidak gusar, sebaliknya kami bertekad bermain dengan sebaik mungkin menikmati perlawanan itu, malah keyakinan kami masih tinggi walaupun bertemu dengan pasukan terbaik di Malaysia, lagipun siapa tahu kami mampu lakukan kejutan.

“Secara peribadi saya percaya kami mampu menewaskan JDT, lagipun rekod di Kuala Terengganu sebelum ini kita pernah menang dan seri, sekali gus kami yakin mampu mengulanginya,” katanya.

Berdasarkan rekod musim lalu dalam saingan liga di Kuala Terengganu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 manakala pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2018, skuad Penyu berjaya menundukkan JDT 1-0 hasil jaringan Malik Mat Ariff.