‘lawak, memalukan’

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer dilapor melabelkan pemain Manchester United sebagai ‘lawak’ selepas mereka seri berdepan Southampton Sabtu lalu.

Pengurus yang berdepan kritikan itu menempelak pasukan kerana gagal mencari kemenangan selepas diikat 1-1 dekat St Mary’s, walaupun tuan rumah bermain 10 orang berbaki kira-kira 20 minit permainan.

The Sun mendakwa dia memberitahu persembahan mereka adalah ‘lawak’ dan ia ‘memalukan’ apabila sekali lagi gagal mencapai kemenangan.

Kemarahan itu ditujukan kepada seluruh skuad berbanding individual dan Solskjaer juga menyalahkan pemain kerana bermain untuk diri sendiri dan sering cuba melakukan sesuatu yang menakjubkan berbanding kembali kepada asas.

Pengendali dari Norway itu menyatakan dengan jelas dia merasakan kurangnya usaha sebahagian pemain yang mengecewakan rakan sepasukan.

Keputusan seri itu bermakna Red Devils hanya menang sekali daripada empat perlawanan pembukaan mereka dalam Liga Perdana, 4-0 mengatasi Chelsea diikuti seri di Wolves dan kalah di laman sendiri kepada Crystal Palace.

United kini di tangga kelapan, tujuh mata di belakang pencabar utama Liverpool, yang mendahului liga dengan 12 mata.

Perlawanan seterusnya buat mereka ialah di laman sendiri berdepan Leicester pada 14 September selepas rehat saingan antarabangsa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *