Lapor kepada FIFA

Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman mengakui wujud tunggakan gaji terhadap lima bekas pemain import dan dua bekas jurulatih dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4 juta.

Lima pemain import tersebut adalah Cristiano Santos, Bruno Lopes, Mohammed Ghaddar, Alaeddine Bouslimi dan Abou Bakr Al-Mel.

Manakala dua jurulatih lagi adalah Marko Kraljevic dan Sathit Bensoh.

Ketujuh-tujuh individu tersebut membuat laporan kepada FIFA mengenai isu tunggakan gaji di Kelantan.

“Sekarang ini tiada arahan lagi daripada Fifa kerana mereka baru membuat laporan,” kata Hussin kepada Arena Metro.

“Tapi ada kes Fifa sudah minta kami kemukakan alasan.

“Kita harap penyokong memenuhi stadium yang mana dapat menyumbang dana untuk menyelesaikan hutang.”

Disebabkan itu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam mengesahkan bahawa Kelantan bakal dikenakan dua hukuuman iaitu pemotongan mata sebelum musim bermula dan lar4ngan untuk menandatangani pemain baharu.

Bagaimanapun, Stuart percaya Kafa sedang menyelesaikan hutang lama secara konsisten.

“Namun, jika mereka gagal menyelesaikannya boleh dikenakan hukuuman pemotongan mata daripada FAM dan pada masa sama turut tidak terlepas d3nda oleh Fifa.

“FAM melihat Kafa tidak pernah mengambil sikap lepas tangan dan komited berusaha menyelesaikan masalah terbabit secara berperingkat kepada semua pemain berkenaan.”

Sumber : vocketfc