Lang Merah akan beraksi tanpa

Bermain di pentas akhir sememangnya satu perkara yang boleh memberikan tek@nan. T3kanan itu akan lebih dirasai jika pasukan tersebut diletakkan sebagai pilihan.

Mungkin sebab itu pemain tengah Kedah, Azamuddin Akil merasakan pasukannya boleh mencipta k3jutan pada hari Sabtu ini kerana bakal tampil bukan sebagai pasukan pilihan sekaligus mengurangkan t3kanan kepada pasukannya.

Azamuddin yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’azim pada tahun 2016-2017 akan tampil bersama Lang Merah pada hari Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan impian menamatkan kempen Liga Malaysia musim ini dengan dua piala.

“Kita akan beraksi macam biasa seperti kita beraksi menentang Pahang di Kuantan, Sabtu lalu. Masa kita pergi ke sana, kita beraksi tanpa t3kanan kerana kita b3raksi dengan tenang dan akhirnya kita berjaya layak ke final.

“Memang semua orang tahu pasukan JDT adalah pasukan yang kuat di Liga Malaysia. Namun saya dan pasukan tiada masalah kerana kita akan hadir di pentas final di Stadium Bukit Jalil sebagai bukan pasukan pilihan. Kita akan bermain tanpa t3kanan. Aksi kita sama sahaja untuk kali ini di final, dimana kami akan lakukan usaha yang terbaik demi pasukan dan penyokong Kedah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Ini bukanlah kali pertama pemain yang dikenali sebagai Alex ini beraksi untuk merebut Piala Malaysia. Azamuddin pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali dalam kerjayanya. Dia memenangi kejuaraan tersebut dua kali bersama Pahang pada tahun 2013 dan 2014 serta sekali bersama JDT pada tahun 2017.

Pengalaman pemain berusia 34 tahun ini adalah sangat penting untuk memastikan Piala Malaysia kekal di Utara tanah air selepas Perak menjuarainya pada musim lalu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.