laluan semakin cerah

BUKAN tugas mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) memburu kemenangan tatkala turun beraksi menentang Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, malam esok.

Walaupun berpesta gol 7-0 memb3lasah Perak, Jumaat lalu, pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora mengakui tugas rumit menanti anak buahnya apabila menentang skuad bimbingan Nafuzi Zain yang kini berada di tangga kedua liga.

Mora menegaskan, TFC pasti mengintai peluang untuk bangkit selepas tumpas tipis 0-1 kepada Melaka dan mereka tampak berkelebihan tatkala beraksi d gelanggang sendiri dan ia aksi pertama JDT di stadium berkenaan.

“Untuk aksi menentang TFC, kami mahukan kemenangan walaupun sedar kesukaran bakal dihadapi. Malah saya menepis tanggapan sesetengah pihak yang berpandangan andai JDT menang ke atas TFC maka laluan untuk menjuarai liga semakin cerah.

“Sebaliknya, kami enggan memikirkannya, apa yang kami fokuskan adalah mengharungi satu demi satu perlawanan dan setiap aksi yang kami hadapi ibarat aksi final kerana semua tahu saingan liga pada musim ini hanya dilangsungkan satu pusingan.

“Jika kami terlalu memikirkan untuk buru kejuaraan kemungkinan apa yang dirancang boleh tersekat di pertengahan jalan. Biarlah kami beraksi dengan konsisten dan mengekalkan momentum taktikal permainan yang efektif,” katanya.

Mora juga menegaskan selain TFC, skuad Harimau Selatan perlu berdepan pasukan hebat seperti Selangor dan Melaka yang tampak sudah mula bangkit mencipta kemenangan dan ia pasti beri anc@man buat barisan pemainnya.

“TFC pasukan yang mantap, saya sudah melihat mereka beraksi dalam beberapa perlawanan dan pastinya ia sukar buat kami dan ia pembu ruan `enam mata’ dan bukan tiga mata kerana lawan mahu tewaskan kami dan kami pula mahu kekal konsisten di tangga teratas,” kata Mora.