La Liga Sedia Bantu

KUALA LUMPUR: La Liga sedia membantu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengenalpasti prosedur operasi standard (SOP) terbaik yang boleh dilaksanakan selepas saingan liga utama Sepanyol itu kembali bersambung, Jumaat ini.

Delegasi La Liga di Malaysia, Giorgio Pompili Rossi berkata SOP yang terbaik menjadi keutamaan La Liga bagi memastikan saingan dapat kembali diteruskan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Bagi pihak pihak kami, jika Liga Malaysia (Liga M) memerlukan sokongan dan pertolongan, sudah pasti kami bersedia membantu tetapi perlu diingat setiap negara adalah berbeza.

Cuma daripada segi protokol dan SOP, sekurang-kurangnya kami dapat berkongsi untuk dijadikan sebagai landasan dan penanda aras sebelum mereka memulakan kembali liga selepas ini.

La Liga sentiasa berbesar hati untuk berkongsi dan menyokong apa yang dilakukan MFL. Sebagai sebagai rakan kongsi, kita akan membantu di mana setiap peraturan yang La Liga keluarkan ini semestinya bersesuaian dengan negara kami dan mungkin ada sesetengah perkara perlu ditambah lagi untuk menepati kesesuaian di Liga M, katanya.

Sebagai rekod, antara keutamaan La Liga adalah membabitkan protokol kes3lamatan bagi setiap perlawanan di mana perlawanan tanpa penonton, stadium dibahagikan mengikut zon kes3lamatan, bangku simpanan dijarakkan selain sidang media selepas perlawanan diadakan secara maya.

Perkara lain termasuklah setiap pegawai dan pemain wajib memakai alat perlindvngan seperti penutup hidung dan mulut serta menjaga kebersihan diri sebaiknya di stadium.

Selain itu, Rossi menyatakan hanya 250 individu sahaja dibenarkan untuk berada dalam satu stadium yang membabitkan pegawai pasukan, pemain, jurulatih, barisan pengadil, pihak penyiaran, pengawal kes3lamatan serta pasukan perubatan.

Katanya, semua yang terbabit perlu memasuki stadium menerusi laluan masuk yang dibuka khas untuk mereka bagi memastikan tahap kes3lamatan dan kes!hatan terjamin sebelum dibenarkan berada di dalam stadium.