Komen Panas TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan komen berbeza terhadap dua pesaing skuad JDT dalam Liga Super – Selangor dan Kedah.

Komen itu disuarakan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) ketika menjawab soalan dari peminat bola sepak tanah air di ruangan Instagram Story miliknya, semalam.

Komen TMJ mengenai Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tampak sedikit ‘p@nas’ apabila TMJ menyifatkan tiada yang akan peduli mengenai sejarah atau pencapaian lampau melainkan jika pasukan itu mencipta kejayaan baharu.

“Tiada siapa peduli mengenai cerita anda hingga anda menang,” tulis TMJ ketika beliau diminta memberi komen mengenai FAS.

TMJ sebelum ini pernah mencetuskan perasaan kurang senang segelintir penyokong Selangor apabila tidak menyenaraikan The Red G!ants sebagai antara pencabar skuad JDT dalam Liga Super musim ini.

Sebaliknya, beliau menyenaraikan Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Pahang sebagai pasukan yang mampu menc@bar kejuaraan.

Justeru, tidak hairanlah apabila TMJ menyifatkan Kedah sebagai pasukan yang hebat dan kuat ketika diminta memberikan komen mengenai skuad Helang Merah itu.