Kogi Minta Maaf

Peny3rang PJ City Kogileswaran Raj mengakui perasaannya bercampur baur selepas menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Pahang dalam aksi kedua CIMB Liga Super 2020 pada Jumaat.

Ketika perlawanan dilihat menuju seri 2-2, Kogileswaran yang masuk sebagai pemain gantian di separuh masa kedua mengambil sepakan percuma pada masa kecederaan dan sepakannya menewaskan Sharbinee Allawee di gawang Pahang, sekaligus menghadiahkan kemenangan 3-2 kepada PJ City.

Peny3rang skuad B-23 kebangsaan itu bagaimanapun tidak meraikan jaringan tersebut sebagai tanda hormat dan minta maaf kepada pasukan lamanya itu.

“Gembira kerana dapat membantu pasukan mengutip tiga mata, gementar dan gemuruh kerana telah mengecewakan pasukan lama. Sukar untuk digambarkan, apapun saya hadap situasi ini secara professional, saya adalah pemain PJ City.

“Saya telah meminta maaf kepada semua di dalam pasukan Pahang, termasuk Coach Dollah (Salleh). Saya hargai peluang yang telah diberikan sepanjang empat tahun bersama Pahang di dalam membantu meningkatkan prestasi saya dan fokus saya sekarang sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada PJ City,” ujarnya selepas perlawanan.

Pada aksi tersebut PJ City mendahului pada minit ke-11 menerusi Demba Camara sebelum Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-15. Ivan Carlos kemudiannya meletakkan Pahang pula mendahului pada minit ke-51 sebelum kedudukan kembali terikat menerusi jaringan R.Bharatkumar.

Matchday 2 : PJ City (3) – (2) Pahang

Sangatlah mengecewakan untuk Pahang tewas 2-3 menerusi last kick of the game, dan lebih mengecewakan apabila yg skor tu adalah bekas pemain mereka sendiri – Kogileswaran Raj. Penyokong Pahang juga pastinya terkedu melihat kepincangan pertahanan serta gol-gol mudah yang dilepaskan oleh Sharbinee Allawee Ramli. Apa pula kata anda? Kredit kepada produksi MFL atas klip video asal. #MFM

Posted by Malaysia Football Maestro on Friday, March 6, 2020

Ia adalah kemenangan sulung PJ City menyaksikan mereka telah mengumpul empat mata selepas dua perlawanan manakala Pahang pula mengalami kekalahan kedua berturut-turut.