KKM mengesahkan seorang wanita tinggal di kondominium di Setapak di Kuala Lumpur, positif Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang wanita bukan warganegara yang tinggal di kondominium di Setapak di Kuala Lumpur, positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif itu dikesan hasil saringan dijalankan Mercy Malaysia terhadap pelarian di Klang.

Menurutnya, tujuh lagi individu yang juga kontak rapat dengan pesakit itu kini dikuarantin di sebuah unit di kondominium itu di Kuala Lumpur.

“Prosedur nyah kuman dijalankan di kawasan berkenaan dan keputusan saringan tujuh individu lagi masih belum diperoleh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam ini.

Terdahulu, tular di laman sosial pengurusan sebuah kondominium di Setapak mengeluarkan notis peringatan kepada penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga selepas seorang daripada penghuninya disahkan Covid-19.

sumber: HM

Wanita Myanmar itu kini mendapat rawatan di hospital manakala keluarganya dikuarantin di unit kondominium berkenaan.

Pihak pengurusan juga akan membuat proses nyah kuman di kawasan kondominium untuk memastikan penularan tidak berlaku.