Kini terjawab sudah

Pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools akhirnya menamatkan spekulasi perpindahannya apabila menyertai kelab Denmark, FC Midtjylland pada hari terakhir jendela perpindahan musim sejuk.

Pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2023, sekali gus menafikan khabar angin perpindahan ke JDT.

Ia juga melenyapkan spekulasi bahawa Cools akan menyarung jersi skuad kebangsaan buat masa ini.

Sumber : football-tribe