King malukan Man Utd

KEBANGKITAN mini Manchester United tersekat apabila jaringan Josh King pada masa kecederaan babak pertama membantu Bournemouth menang 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris dalam cuaca buruk di pantai selatan England, malam ini.

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer tidak menang di gelanggang lawan sejak Mac lalu hinggalah 10 hari lalu, namun tiga kemenangan berturut-turut di laman lawan di Partizan Belgrade, Norwich dan Chelsea menyaksikan mereka layak ke suku akhir Piala Liga pada pertengahan minggu yang memberi bayangan titik perubahan buat pengendali dari Norway itu.

Sebaliknya, kega galan itu menggambarkan musim mereka dan jelas kekeringan gol menjadi pengha lang dan satu detik kesilapan bertahan menc3tus keka lahan keempat dalam 11 perlawanan Liga Perdana.

Pelawat bermula lebih bagus ketika kedua-dua pasukan berg3lut untuk beraksi baik dalam cuaca bu ruk hujan lebat serta berangin.

Daniel James terlepas peluang menerusi percubaan jarak jauh yang sedikit tersasar manakala rayuan Anthony Martial untuk mendapatkan penalti tidak diendahkan.

Bournemouth memastikan kemenangan sejurus sebelum rehat apabila King, yang memulakan kariernya di England bersama United selepas diperkenalkan kepada Alex Ferguson oleh Solskjaer, tampil untuk menghantui bekas majikannya.

Peny3rang Norway itu memp3rdaya pertahanan United, Victor Lindelof dan Aaron Wan-Bissaka sebelum mer3mbat masuk melepasi jangkauan David de Gea.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.