Terengganu FC Gugurkan Dua Pemain Dan peny3rang sensasi

KUALA TERENGGANU: Khidmat peny3rang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche bersama skuad itu berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sah tidak menyambung kontrak pemain itu musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, keputusan itu sudah dicapai bersama dan kini TFC sedang mengintai pemain lain bagi menggantikan peny3rang itu.

“Sebelum ini kita sudah buat tawaran kepada Tchetche ketika kita buat pelepasan pemain tetapi nampaknya pemain itu seperti sudah memiliki pasukan pilihan yang tersendiri.

“Saya jangkakan Tchetche tidak akan kekal bersama pasukan TFC musim depan,” kata Hishamudin.

Selain pemain kelahiran Ivory Coast itu, Hishamuddin turut memaklumkan pemain import skuad kebangsaan Kemboja, Thierry Chantha Bin juga digvgurkan dalam skuad itu musim depan.

“Selain Tchetche, Chantha Bin juga tidak akan dikekalkan bersama skuad TFC musim 2020,” jelas Hishamuddin.

Tchetche yang bersama skuad TFC bermula pertengahan musim 2017 adalah penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu dengan mel3dak sembilan gol selain muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu dengan menghasilkan 14 gol.

Peny3rang sensasi itu juga sebelum ini menjadi watak penting skuad Penyu apabila membantu pasukan yang sebelum ini dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim kembali ke saingan Liga Super musim lalu selain muncul naib juara Piala Malaysia 2018.

Sebelum ini, TFC sudah mengekalkan pemain berdarah campuran England-Malaysia,  Lee Tuck dan pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov.

Mengenai pemilihan tiga lagi pemain import bagi melengkapkan kuota lima pemain, Hishamuddin menyerahkan 100 peratus kepada barisan kejurulatihan untuk menilai pemain yang mampu memperkuatkan pasukan musim depan.

“Seperti mana yang sudah saya maklum sebelum ini, peranan untuk pemilihan pemain kita serahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan, jadi Nafuzi Zain yang dilantik ketua jurulatih diberi kepercayaan memilih semua pemain.

“Kita tidak meletak calon (pemain) yang kita mahukan, kita juga tidak mahu campur tangan dalam urusan pemilihan, sebaliknya kita serahkan kepada mereka (jurulatih) menentukannya, ” kata Hishamudin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.