Khalid Jamlus Rungkai Misteri

Sudah agak lama sebenarnya kita tidak mendengar perkembangan mengenai seorang peny3rang bernama Khalid Jamlus sejak kebelakangan ini dan semalam melalui laman sosial Twitter Perak Power, ada visual temu bual dengan pemain itu berbicara mengenai beberapa topik yang jarang kita ketahui sebelum ini.

Dari kemaskini tersebut, kami telah pecahkan kepada 3 topik yang amat menarik untuk kita semua tahu dari mulut beliau sendiri seperti dibawah;

Rungkai Misteri Jersi No.25 Dijawab Oleh Khalid Jamlus

Dalam video tersebut, Khalid Jamlus dilihat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penonton dan ada pertanyaan berkenaan kenapa beliau memilih jersi no.25

“Pernah satu ketika aku cuba starting dengan no.19, main, main, main..tak jadi. No.20 main, main, main..tak jadi. Aku try no.14 tak jadi.

So, sampai satu ketika aku mimpi hari jadi aku 23.2 (23 Febuari), 2 tambah 3 sama dengan 5, takkan 52. So disitu aku start pakai 25.

Khalid Jamlus menceritakan bahawa jersi no.25 pertama kali dipakai ketika beraksi dalam perlawanan friendly sebagai percubaan.

“Bila aku pakai-pakai, aku rasa macam serasi. Aku serasi dengan nombor jersi 25. Sebab aku dah pernah cuba no.20 semua tak masuk, tapi no.25 ni macam serasi.

“Dari situlah detik permulaan selepas aku mimpi, aku pakai jersi tu..pakai nombor tu dan sampai sekaranglah. So, tak ada kena mengena dengan..orang kata nombor ni main peranan, itu terpulang kepada masing-masing lah.

“Bila aku pakai nombor 25 tu alhamdulillah..dia jadi jadi jadi. Ada juga masa aku pakai nombor 25 ni buat aku rasa serabut gila, macam tahun 2000 aku kena kutuk kaw-kaw. Tapi bagi aku itu (adalah) turning point sampai aku success.

“Itu sebenarnya cerita pasal jersi nombor 25.”

“Nombor 25 ni aku nekad tau, jadi tak jadi aku hadap. Itu yang terus lekat nombor 25.”

Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi

“Coach mana paling sempoi?”

“Ok, yang paling sempoi gila arr, Steve Darby lah!”

“Bukan sempoilah, actually..bagi aku dia bapak aku dalam padang. Sebab tu kita orang main satu hati, bersungguh-sungguh walaupun kami tak dibayar 3 bulan ke 4 bulan gaji masa tu.”

“Dia cuba usahakan mana yang dia mampu, yang kalau korang nak tahu dia keluarkan duit sendiri bro. Sebab masatu Perak tak bayar gaji berapa bulan aku rasa.”

“So, dia gunakan inisiatif dia sendiri gunakan duit untuk bayar. Bukan bayar penuh pun, berkerat-kerat je tapi ada la budak-budak survive.

Gaji Paling Tinggi Bersama Perak Adalah RM7,000

Ketika menjawab pertanyaan mengenai gaji yang diterima ketika bersama pasukan Perak, Khalid Jamlus memberitahu bahawa beliau menerima gaji yang kecil sahaja.

Kecik je bro. Gaji gua paling tinggi dengan Perak pun RM7,000. Tahun 2000, gua tengah peak pun gaji RM4,500 bro, lu nak cerita apa.”

“Tak macam sekarang la, zaman tu tahun 2000 gua umur 23-24 tahun gaji pun masa tu RM4,500. ”

“Gaji kecik bro. Kita main bukan sebab gaji..maksudnya dignity, main kerana maruah.

Ada beberapa lagi video Khalid Jamlus yang dimuat naik berkongsi mengenai beberapa perkara lain seperti gol Nduka Ugbade ketika Perak bertemu Selangor pada tahun 2000 dan komen beliau mengenai pemain Beto atau Ahmad Khairil Anuar seperti dalam video dibawah.

sumber: vocketfc