
KUALA LUMPUR: Kedah meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan FELDA United FC 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi.
Anak buah Aidil Sharin Sahak bagaimanapun ce mas sebelum menang apabila Syahmi Zamri meletakkan The Fighters di depan pada minit ke-46.
Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Tchetche Kipre mel3dak gol penyamaan buat Kedah pada minit ke-48.
Hadin Azman menceriakan kem Kedah apabila meledak gol kemenangan Helang Merah pada minit ke-66, sekali gus membawa pulang tiga mata.
Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hasrat PJ City merekodkan kemenangan di gelanggang sendiri tidak kesampaian apabila terikat 1-1 dengan Sabah.
PJ City terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Elizeu Araujo pada minit ke-51 sebelum Rodoljub Paunovic menyamakan kedudukan buat Sabah ketika perlawanan berbaki tiga minit.
Keputusan Liga Super, Liga Perdana
LIGA SUPER
Felda United 1 Kedah 2
Pahang 2 PDRM 1
PJ City 1 Sabah 1
LIGA PERDANA
Kuching 2 Sarawak United 1
K Lumpur 4 TFC II 1
Kelantan 1 Perak II 0
JDT II 1 P Pinang 2
N Sembilan 2 Selangor II 1