Kemunculan Kembali Kluster ‘Lelaki Misteri’ Dalam Bola Sepak Malaysia

Kelibat seorang individu yang pernah dilaporkan pernah mempunyai beberapa isu dalam arena bola sepak Malaysia beberapa tahun lalu kini kembali panas.

Perkara itu mula diperkatakan dengan hangat oleh peminat-peminat bola sepak di utara tanahair apabila beberapa keping gambar ‘perjumpaan’ tersebar di media sosial yang mengundang kepada banyak persoalan serta andaian.

Sebelum ini, beliau dikatakan pernah terlibat dengan beberapa pasukan di pantai timur yang telah mengakibatkan banyak isu-isu berkaitan pengurusan pasukan dan juga pemain timbul. Sehingga kini tidak dapat dipastikan samada isu tersebut sudah diselesaikan atau masih terg@ntung.

Melihat kepada ‘trend’ sebelum ini, individu tersebut lebih selesa untuk masuk sebagai penaja dalam pasukan dan bukan sebagai pemilik. Mungkin kali ini ‘game’ akan sedikit berbeza tetapi ramai peminat sudah ‘alert’ dengan kehadiran beliau.

Bukan untuk menafikan atas apa juga kapasiti yang dibawa, tetapi bersandarkan kepada ‘track record’ yang mera gukan sebelum ini, adalah lebih baik pasukan tersebut berwaspada untuk sebarang ris!ko supaya tidak ditimpa kecel@kaan dikemudian hari.

Apa pun, selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam memajukan bola sepak Malaysia!