Mengelak Daripada Menjadi ‘M@ngsa Kedua’ Selepas Skuad Lang Merah

KUALA LUMPUR: Kelibat ‘mesin gol’ Terengganu FC (TFC) dari Mauritania, Dominique da Sylva seharusnya menggusarkan benteng Selangor menjelang aksi menentang lawan itu, malam ini.

Mana tidaknya, bekas peny3rang Saigon itu mengumumkan kehadirannya dalam saingan Liga Super dengan mel3dak empat gol ketika bertemu Kedah minggu lalu sekali gus membantu skuad Penyu bangkit meraih kemenangan 4-3.

Dengan kelebihan fizikal, kehadiran Da Sylva pasti memaksa barisan pertahanan The Red G!ants ‘bekerja lebih masa’ bagi meng3kang pergerakan pemain itu untuk mengelak daripada menjadi ‘m@ngsa kedua’ selepas skuad Lang Merah.

Namun, pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengakui pasukannya bakal tampil dengan strategi lebih kemas bagi menyekat ‘anc@man’ yang bakal dihadirkan Da Sylva atau pemain TFC lain.

“Selepas aksi bertemu Perak minggu lalu, kita sudahpun menjalankan b3dah s!asat. Jadi, kita tahu di mana kelemahan yang ada dan perlu diperbaiki menjelang aksi menentang TFC malam esok (malam ini).

“Kita tahu kemampuan yang dimiliki pasukan lawan dan dengan mereka beraksi di tempat sendiri, kita boleh katakan Selangor pasukan ‘underdog’ bagi pertembungan kali ini.

“Kita perlu berhati hati dengan semua pemain TFC. TFC ada kekuatan tersendiri dan kita juga ada kekuatan kita. Aksi memang sengit tetapi kami akan memberikan yang terbaik untuk membvru mata penuh,” katanya.