Kelantan Bakal setanding JDT

Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman sudah merangka pelan jangka pendek dan panjang untuk The Red Warriors.

Ini termasuk membina pusat latihan di padang Mardi yang sering dijadikan tempat latihan pasukan Kelantan.

“Saya nampak JDT ada pembangunan tetapi mengapa pasukan lain tiada?” katanya kepada Astro Arena.

“Saya nak pajak padang latihan MARDI yang digunakan pasukan ketika ini selama 30 tahun bagi saya mewujudkan pusat latihan yang setanding dengan JDT demi imej dan kelesaan pasukan.

“Mana-mana warga Kelantan yang sudi wakafkan tanah atau bekerjasama dengan saya. Bolehlah kami laksanakan perkara ini secepat mungkin.”

Norizam juga berancang untuk bekerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).

“Saya juga bercadang menjalinkan kerjasama dengan USM Kubang Kerian bagi tujuan sains sukan agar perjalanan kami menjadi lebih dinamik.”

Buat masa ini, Norizam mahu memastikan segala tungg@kan gaji diselesaikan termasuk dari musim-musim sebelum ini.

“Apa paling penting, kami perlu selesaikan !su tungg@kan gaji bekas pemain sebelum 15 September.

“Peguam kami sedang bek3rja k3ras, mereka telah menghubungi bekas-bekas pemain supaya masalah-masalah berkaitan dengan FIFA wajib diselesaikan.

“Kami sasarkan sebelum November ini, kesemua hu tang dapat diselesaikan.”