Laku Keras

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam satu sidang media hari ini mengesahkan 4 buah syarikat antarabangsa telah menyatakan minat mereka untuk menguruskan aktiviti komersial di Stadium Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, baginda tidak boleh mendedahkan nama syarikat tersebut kerana ia masih di peringkat rundingan akhir bagi mencapai sasaran menjadi kelab bernilai RM1 billion pada pertengahan tahun depan.

4 syarikat tersebut bukan sahaja akan menguruskan Stadium Sultan Ibrahim tetapi turut akan menjadi penaja rasmi pasukan.

Buat masa kini ada empat syarikat antarabangsa yang berminat, saya tak boleh dedahkan nama masa ini. Bukan sahaja berniaga dalam stadium dan menguruskan stadium tetapi menaja pasukan.

Benda ini amat positif apabila kelab yang kami bina ini, JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara dan ini akan membantu kami mencapai sasaran RM1 bilion, kata TMJ dalam sidang media di ibu pejabat JDT.

Selain itu, TMJ turut mendedahkan JDT telah mengalami kerugian sebanyak RM35 juta untuk tahun ini disebabkan oleh penvlaran w@bak pand3mik C0VID-19.

Justeru itu, pihaknya akan mengambil langkah berjimat dalam menguruskan kelab tersebut dan baginda berharap keadaan ekonomi akan kembali pulih seperti biasa.

Saya rasa dalam masa mencabar C0vid-19 ini, kelab pun terkesan daripada kemampuan kewangan, ini satu dugaan amat besar.

Situasi itu menyebabkan pada musm depan, kami perlu lebih lebih berhemah dalam perbelanjaan. Malah kami juga tidak membawa masuk pemain baharu, sebalikya kekalkan semua pemain. Mereka tidak meminta kenaikan gaji dan kekal dengan gaji yang sedia ada.

Kami kerugian RM35 juta. Ia satu jumlah yang besar. Apapun, pada musim depan saya berdoa agar ekonomi akan lebih baik dan kita berharap mendapatkan kembali apa yang kita hilang dalam satu atau dua tahun akan datang, titah baginda.