mansuh tarikh akhir perpindahan

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka akan memansuhkan tarikh akhir jendela perpindahan yang ada ketika ini.

Sejak 2018, kelab di England tertakluk kepada tarikh tutup lebih awal namun kelab Eropah lain terus menjalankan urus niaga untuk tiga minggu lagi.

Sumber memberitahu bahawa tindakan itu ‘satu malapetaka’ dan mereka yang mahu kembali ke sistem lama perlu memastikan 11 undi untuk menukarnya kembali.

Kebanyakan rasa tidak puas hati hadir daripada enam kelab besar, yang merasakan bahawa perubahan itu – yang dibuat untuk menghalang pemain diumpan ketika musim – tidak banyak membantu selain menyebabkan kelab England terdedah kepada pembelian daripada Eropah.

Ada juga kepercayaan bahawa penutupan awal iaitu Khamis terakhir sebelum kempen bermula, memberikan kelab lain di benua itu kelebihan dalam aspek merundingkan yuran perpindahan.

Manchester United difahamkan berminat untuk kembali ke sistem lama bersama beberapa kelab lain yang semakin bertambah.

Bulan lalu, pengurus Leicester Brendan Rodgers menyertai rakan sejawatan di Tottenham dan Liverpool, Mauricio Pochettino serta Jurgen Klopp mengakui tarih tutup lebih awal menyebabkan pasukan Liga Perdana tidak memiliki kelebihan.

Pada undian 2017, 14 kelab memilih untuk menyokong cadangan itu manakala lima menentang sementara satu berkecuali.

Liga di Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis menutup jendela perpindahan mereka awal pagi tadi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *